"Suatu ketika...
Engkau dibisikkan bahawa hidupadalah kegelapan!
Dan dengan penuh ketakutan,
Kau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu dengan penuh kebimbangan..!
"Hai insan...
Kukhabarkan padamu,
bahwa hidup adalah kegelapan jika tidak diselimuti oleh kehendak..
Dan segala kehendak akan buta jika tidak diselimuti pengetahuan..
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
jika tidak diiringi pekerjaan..
Dan segala pekerjaan hanyalah kehampaan
kecuali disertai dengan Cinta..
Maka apabila engkau bekerja dengan Cinta,
Sesungguhnya engkau tengah menambatkan diriMu dengan wujudnya Kamu,
wujud manusia lain
Dan Wujud Sang Maha Pengasih .." ~